Bengkel EasyNow yang dianjurkan oleh Pusat Teknologi Maklumat, Universiti Malaya yang berlangsung pada 22 – 25 November 2010. Bengkel ini mendedahkan asas pembangunan e-kandungan khasnya untuk tujuan bantuan bahan pengajaran dengan menggunakan beberapa perisian mudah dan berasaskan perisian sumber terbuka.
Sepanjang Bengkel ini, peserta didedahkan dengan teknik-teknik asas untuk pembangunan sesuatu bahan pengajaran yang terdiri daripada penyampaian teks, audio, bahan persembahan dan juga video.
Kombinasi keempat-empat jenis format data ini menggunakan perisian mudah yang boleh dimuat turun percuma melalui internet dapat menghasilkan bahan pengajaran yang mudah dan lebih efisien dan ouputnya boleh diterjemah dalam capaian secara atas talian dan juga melalui peranti mudah alih seperti telefon, iphone dan lain-lain lagi.
Ringkasan Aktiviti EasyNow
22 Novermber 2010
Peserta diberi pendedahan secara umum tentang pengurusan teks dengan menggunakan aplikasi notepad dimana ia diterjemahkan ke bahasa html. Turut diajar menggunakan aplikasi khas dimana kod html boleh dijana secara langsung secara atas talian. Peserta juga didedahkan dengan perisian sumber terbuka dan peralatan umum untuk proses suntingan bahan kandungan. Sesi latihan ini memerlukan peserta menyediakan bahan pengajaran dalam bentuk teks sekurang-kurangnya mengandungi ilutrasi, rajah, dan aktiviti pembelajaran.
Learning Outcomes : Creation of educational contents for textual delivery through various media.
23 November 2010
Peserta didedahkan dengan teknik-teknik rakaman audio dengan menggunakan perisian sumber terbuka iaitu audacity. Selain dari rakaman dan suntingan audio, peserta turut didedahkan teknik penyampaian melalui streaming. Perincian dalam format audio juga dititik beratkan agar dapat menghasilkan output terbaik sesuai dengan medium penyampaian samada secara atas talian, mudah alih dan versi muat turun. Antara format yang biasa digunakan adalah Raw, Compressed Lossless, Loosy Compresion. Audio yang dihasilkan diajar cara penyuntingan menggunakan aplikasi audacity seterusnya pemasangan ke format CD /DVD, Flash drive distribution, Radio Delivery dan Net Steaming delivery.
Sesi latihan ini memerlukan peserta menyediakan skrip untuk rakaman audio, bahan persembahan dan audio yang dirakam akan dipadankan dengan persembahan tersebut.
Learning outcomes : Creation of audio educational content / streaming slide show delivery.
24 November 2010
Peserta didedahkan dengan teknik rakaman video. Peralatan yang diperlukan adalah webcam atau kamera digital. Peserta didedahkan juga teknik rakaman, suntingan dan juga streaming video. Peserta perlu membuat rakaman video berdasarkan bahan pengajaran masing-masing dengan menggunakan peralatan yang dibekalkan. Hasilnya, outputnya diterjemahkan dalam beberapa format sesuai dengan capaian melalui pemain CD/ DVD, Flash drive, televisyen, dan peranti mudah alih.
Learning Outcomes : Creation of Streaming Video of Educational Content / Enriching the classroom experiece.
25 November 2010
Peserta melakukan aktiviti kumpulan dengan menggabungkan semua elemen yang dipelajari pada hari sebelumnya iaitu, teks, audio dan video serta bahan persembahan pengajaran yang disediakan. Wakil kumpulan membentangkan hasil yang dibangunkan kepada peserta bengkel dan bahan yang dihasilkan diupload ke pelayan www.cemca.org untuk tujuan rujukan. Aktiviti terakhir adalah penyampaian sijil penyertaan dan ucapan penutup daripada Pengarah Pusat Teknologi Maklumat.
Learning Outcomes : Learn Net streaming/ uploads /grouping your lessons for indexed video on demand / photo gallery.
Rujukan
http://eduframe.net/UM/index.html
http://skt2010adie.blogspot.com/2010/11/bengkel-easynow.html
http://eduframe.net/UM/index.html
http://skt2010adie.blogspot.com/2010/11/bengkel-easynow.html